Tuesday , 12 December 2017

Tuesday , 12 December 2017

Wanita Pandu Kereta Lawan Arus

Wanita Pandu Kereta Lawan Arus

Nibong Tebal : Seorang wanita dipercayai mempunyai masalah mental bertindak memandu keretanya secara melawan arus di Jalan Tasek, Valdor, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, wanita berusia dalam lingkungan 20-an dikatakan memandu sejauh satu kilometer di laluan salah dan hampir bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Difahamkan, pemandu lori yang membawa muatan tanah itu cuba menghimpit kereta jenis Naza Picanto yang dipandu gadis berkenaan sebagai usaha menghentikan tindakan wanita itu daripada berterusan memandu di laluan salah.

Seorang saksi yang enggan dikenali, berkata sejurus wanita itu menghentikan keretanya , pengguna jalan raya menghampiri kenderaan berkenaan untuk memastikan keadaan wanita itu.

“Bagaimanapun, wanita terbabit enggan keluar daripada kenderaan yang dipandunya dan berada dalam keadaan kebingungan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPT), Superintendan Shafee Abdul Samad ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan mengenai kejadian itu.

Wanita Pandu Kereta Lawan Arus Reviewed by on . Nibong Tebal : Seorang wanita dipercayai mempunyai masalah mental bertindak memandu keretanya secara melawan arus di Jalan Tasek, Valdor, di sini, petang tadi. Nibong Tebal : Seorang wanita dipercayai mempunyai masalah mental bertindak memandu keretanya secara melawan arus di Jalan Tasek, Valdor, di sini, petang tadi. Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top