Saturday , 23 September 2017

Saturday , 23 September 2017

Viral Video Budak Perempuan Terselamat Selepas Dilanggar Dua SUV

Viral Video Budak Perempuan Terselamat Selepas Dilanggar Dua SUV

XICHANG: Video seorang kanak-kanak yang terselamat selepas dilanggar dua kenderaan utiliti sukan (SUV) di barat China menjadi tular pada minggu ini.

Rakaman tersebut menunjukkan kanak-kanak di Xichang, wilayah Sichuan itu lari ke arah jalan raya dan kelihatan hilang di bawah kenderaan pertama yang melalui jalan berkenaan.

Kanak-kanak itu dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kenderaan lain yang tidak menyedari kehadirannya turut melanggarnya.

Pegawai polis Xichang, Guo Wei berkata, pemandu kenderaan pertama tidak nampak kanak-kanak itu disebabkan pandangan titik buta (blind spot).

“Jarak antara kanak-kanak tersebut dengan kenderaan kedua juga terlalu dekat lalu tidak menyedari kehadirannya.

“Oleh itu, kedua-dua kereta berkenaan bergerak melintasi kanak-kanak tersebut,” katanya kepada media China, CCTV.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jalan raya di China merupakan antara yang paling bahaya di dunia kerana mengakibatkan lebih 10,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun maut dalam kemalangan. – Reuters

Viral Video Budak Perempuan Terselamat Selepas Dilanggar Dua SUV Reviewed by on . [playlist type="video" tracklist="false" ids="48556"] XICHANG: Video seorang kanak-kanak yang terselamat selepas dilanggar dua kenderaan utiliti sukan (SUV) di [playlist type="video" tracklist="false" ids="48556"] XICHANG: Video seorang kanak-kanak yang terselamat selepas dilanggar dua kenderaan utiliti sukan (SUV) di Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top