Tuesday , 12 December 2017

Tuesday , 12 December 2017

Viral Gambar TMJ ‘Minum Kopi’ Bersama Dollah

Viral Gambar TMJ ‘Minum Kopi’ Bersama Dollah

Kuala Lumpur : Viral gambar pertemuan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh setelah disiarkan dalam laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers, malam tadi.

Gambar tersebut jelas menarik perhatian netizen.

“Tunku Mahkota Johor ‘minum kopi’ bersama Dollah Salleh,” menurut kapsyen pada gambar yang dimuatnaik.

Menariknya, pertemuan antara kedua-duanya itu kurang 48 jam selepas Dollah dihukum gantung 18 bulan dan denda RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik pengadil selepas pertemuan Pahang dan FELDA United, 1 Julai lalu.

Bagaimanapun, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mempertahankan keputusan Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu dengan menegaskan Dollah boleh membuat rayuan mengurangkan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Viral Gambar TMJ ‘Minum Kopi’ Bersama Dollah Reviewed by on . Kuala Lumpur : Viral gambar pertemuan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh setela Kuala Lumpur : Viral gambar pertemuan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh setela Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top