Tuesday , 12 December 2017

Tuesday , 12 December 2017

“Tunggu Kenyataan Rasmi Tentang Rumahtangga Saya” – Hafiz Hamidun

“Tunggu Kenyataan Rasmi Tentang Rumahtangga Saya” – Hafiz Hamidun

Kuala Lumpur : Penyanyi Hafiz Hamidun meminta semua pihak memberi masa untuknya menjelaskan mengenai situasi sebenar perkahwinan dia dengan pengusaha kosmetik, Joy Revfa yang khabarnya mempunyai masalah.

Hafiz, 33, turut meminta rakan-rakan media agar bersabar buat sementara waktu kerana satu kenyataan rasmi mengenai perkara itu akan dibuat.

 “Saya minta semua pihak bersabar kerana satu kenyataan rasmi akan saya buat mengenai hal ini,” ujar Hafiz kepada mStar Online ketika dihubungi awal pagi Khamis.

Hafiz bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci mengenai spekulasi berkenaan sehinggalah pihak media dipanggil dalam satu pertemuan yang sedang diatur.

Sejak malam Rabu, beberapa media dalam talian melaporkan mengenai kedudukan rumah tangga Hafiz apabila pasangannya , Joy Revfa atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 30, memberi bayangan mengenai masalah rumah tangga mereka menerusi kapsyen yang ditulis di laman Instagram miliknya.

Kedua-dua pasangan berkenaan juga dikatakan tidak lagi berkongsi gambar-gambar mereka di laman sosial masing-masing.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam dekat sini pada 1 Mei lalu dengan sekali lafaz.

Mereka bertunang dua bulan sebelum itu, pada 23 Mac 2017.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

 

“Tunggu Kenyataan Rasmi Tentang Rumahtangga Saya” – Hafiz Hamidun Reviewed by on . Kuala Lumpur : Penyanyi Hafiz Hamidun meminta semua pihak memberi masa untuknya menjelaskan mengenai situasi sebenar perkahwinan dia dengan pengusaha kosmetik, Kuala Lumpur : Penyanyi Hafiz Hamidun meminta semua pihak memberi masa untuknya menjelaskan mengenai situasi sebenar perkahwinan dia dengan pengusaha kosmetik, Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top