Saturday , 23 September 2017

Saturday , 23 September 2017

Tourist Guide Platform Mesra Pelancong

Tourist Guide Platform Mesra Pelancong

Kuala Lumnpur : Tourist Guide sebuah laman website pelancongan kini dilancarkan bagi memudahkan para pelancong mendapatkan maklumat berkaitan.

Pengasas Tourist Guide, Devan Kumar berkata, platform ini mempunyai kelainan tersendiri berbanding laman web pelancongan yang lain.

“Perbezaannya adalah kami mempunyai kelab pelancong dimana ahli yang berdaftar akan berkumpul dibawah satu bumbung.

“Dengan rangkaian data ini, pelancong dapat berhubung dengan pelancong yang lain, serta dapat mengumpul mata apabila melancong,” jelasnya pada pelancaran touristguide.com.my di sini, Khamis.

Tambahnya, pendaftaran keahlian  adalah percuma dan mereka berpeluang menebus pakej percutian menerusi mata yang terkumpul.

Selain itu, katanya, buat masa ini pihaknya tumpu kepada pasaran tempatan sebelum memasuki pasaran antarabangsa.

“Kami sasar seramai 100,000 ahli di Malaysia sebelum meluaskan platform ini kepada negara lain. Setakat ini kami mendapat sambutan yang menggalakkan,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Persekutuan, Mohd Akbal Setia, Tourist Guide merupakan laman web pelancongan yang mempunyai tarikan yang tersendiri.

“Ini merupakan satu initiatif yang bagus, dan ia adalah laman web yang unik dengan sistem yang mudah difahami orang ramai yang merancang untuk melancong,” katanya.

Tourist Guide menawarkan perkhidmatan tempahan hotel, penerbangan dan pakej pelancongan tempatan dan luar negara.

Tourist Guide Platform Mesra Pelancong Reviewed by on . Kuala Lumnpur : Tourist Guide sebuah laman website pelancongan kini dilancarkan bagi memudahkan para pelancong mendapatkan maklumat berkaitan. Pengasas Tourist Kuala Lumnpur : Tourist Guide sebuah laman website pelancongan kini dilancarkan bagi memudahkan para pelancong mendapatkan maklumat berkaitan. Pengasas Tourist Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top