Sunday , 22 April 2018

Sunday , 22 April 2018

TH Khuatir Masa Depan Pendeposit Dan Jemaah Haji Selepas PRU14

TH Khuatir Masa Depan Pendeposit Dan Jemaah Haji Selepas PRU14

Baling : 15 April – Segala kemudahan termasuk subsidi yang diberikan kepada jemaah haji dan juga pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) dibimbangi akan terjejas sekiranya pembangkang menguasai kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata selain itu hubungan baik negara dengan Arab Saudi juga boleh memberi kesan sekiranya tampuk pemerintahan negara berpindah kepada pembangkang.

“Bayangkan sekarang pun kita mendapat subsidi sehingga RM400 juta setahun untuk mengerjakan ibadah haji serta pelbagai kemudahan yang diberikan kerajaan Arab Saudi kepada jemaah kita disebabkan hubungan baik kita dengan mereka dan jika kita kalah, semua ini tidak mungkin akan dinikmati lagi.

“Bukan saja TH tetapi apa saja yang berkaitan dengan pelbagai institusi seperti maahad tahfiz, sekolah agama serta pondok malah masa depan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekali pun akan terjejas,” katanya selepas menyampaikan sumbangan sebuah van kepada Maahad Tahfiz Darul Hijrah di sini, hari ini.

Sumbangan tersebut adalah bagi kemudahan hampir 100 pelajar di situ untuk berulang alik ke masjid atau sekolah setiap hari. – Bernama

TH Khuatir Masa Depan Pendeposit Dan Jemaah Haji Selepas PRU14 Reviewed by on . Baling : 15 April - Segala kemudahan termasuk subsidi yang diberikan kepada jemaah haji dan juga pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) dibimbangi akan terjejas se Baling : 15 April - Segala kemudahan termasuk subsidi yang diberikan kepada jemaah haji dan juga pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) dibimbangi akan terjejas se Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top