Monday , 23 April 2018

Monday , 23 April 2018

Tasha Manshahar Selamat Bertunang

Tasha Manshahar Selamat Bertunang

Kuala Lumpur : Bekas penyanyi, Tasha Manshahar, selamat melangsungkan pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 24 Disember lalu di Kajang, Selangor.

Menurut perancangan, Tasha, 25, yang anggun dengan persalinan rekaan Eja Shahril pada majlis terbabit dan tunangnya yang berusia 27 tahun akan bernikah tahun depan.

Bagaimanapun dia belum bersedia untuk berkongsi identiti bakal suami, hanya menyatakan jejaka pilihannya itu berasal dari Melaka.

“Kami berkenalan kira-kira setahun lalu. Insya-Allah, kami akan berkahwin pada 2018.

“Tarikhnya sudah ditetapkan. Kiranya sekarang kami sudah mula membuat persiapan kahwin,” kata guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Melaka itu.

Sejak setahun lalu, Tasha yang berasal dari Sandakan, Sabah, membuat keputusan untuk tidak lagi aktif di arena seni suara, sebaliknya memberi tumpuan kepada kerjaya baharunya, sebagai guru dan penceramah motivasi.

“Cukuplah lima tahun jadi penyanyi. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Selain mengajar, saya juga ada menceburi perniagaan menjual tudung,” katanya.

Tasha sebelum ini popular dengan lagu duetnya bersama Syed Shamim, Ragu-Ragu, dan Bukan Aku, single yang dikeluarkan pada Oktober 2016. -BH

Tasha Manshahar Selamat Bertunang Reviewed by on . Kuala Lumpur : Bekas penyanyi, Tasha Manshahar, selamat melangsungkan pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 24 Disember lalu di Kajang, Selangor. Menuru Kuala Lumpur : Bekas penyanyi, Tasha Manshahar, selamat melangsungkan pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 24 Disember lalu di Kajang, Selangor. Menuru Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top