Saturday , 19 August 2017

Saturday , 19 August 2017

Spekulasi Perpindahan Neymar Ke PSG Semakin Pasti

Spekulasi Perpindahan Neymar Ke PSG Semakin Pasti

Kuala Lumpur : Spekulasi mengenai bintang sensasi Brazil, Neymar akan keluar daripada kelab Sepanyol Barcelona makin menjadi kenyataan selepas kelab itu mengesahkan bahawa pemain itu telah meluahkan keinginan untuk berhijrah ke kelab gergasi Perancis, PSG.

Neymar sebelum itu telah diberi pelepasan untuk tidak menghadiri sesi latihan bersama rakan sepasukan yang lain selepas pemain itu meluahkan hasrat untuk berpindah.

Susulan itu juga selepas beberapa jam pemain berusia 25 tahun itu membuat pengakuan, Barcelona melalui jurucakapnya, Josep vVves mengesahkan kenyataan yang dilakukan pemain itu.

Ditemani bapanya, Neymar diberitahu Barcelona bahawa kelab yang mahukannya harus membayar klausa perpindahan bernilai 222 juta euro yang perlu didepositkan ke akaun kelab itu.

Pada masa yang sama, ejen Neymar, Wagner Ribeiro mengesahkan kelab Perancis, Paris Saint Germain (PSG) sanggup membayar jumlah klausa yang ditetapkan oleh Barcelona.

Dijangka perpindahan ini akan dimuktamadkan pada minggu ini dan bakal menjadi perpindahan paling mahal dalam sejarah selepas pembelian Paul Pogba oleh Manchester United pada musim lalu

Spekulasi Perpindahan Neymar Ke PSG Semakin Pasti Reviewed by on . Kuala Lumpur : Spekulasi mengenai bintang sensasi Brazil, Neymar akan keluar daripada kelab Sepanyol Barcelona makin menjadi kenyataan selepas kelab itu mengesa Kuala Lumpur : Spekulasi mengenai bintang sensasi Brazil, Neymar akan keluar daripada kelab Sepanyol Barcelona makin menjadi kenyataan selepas kelab itu mengesa Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top