Tuesday , 12 December 2017

Tuesday , 12 December 2017

Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Shashi Kapoor Meninggal Dunia

Kuala Lumpur : Ikon Bollywood Shashi Kapoor, meninggal dunia hari ini di usia 79 tahun selepas menderita sakit komplikasi buah pinggang sekian lama.

Kata anak saudaranya, Randhir Kapoor kepada agensi berita Press Trust of India (PTI), Kapoor meninggal dunia di sebuah hospital New Delhi di sini.

Kapoor merupakan pelakon popular Bollywood sekitar tahun 1970-an.

Seorang lagi anggota keluarganya mengesahkan kematian lagenda filem Hindustan itu kepada AFP.

“Ya, beliau sudah meninggal dunia. Mendiang menderita masalah buah pinggang selama beberapa tahun,” kata Randhir kepada PTI.

Shashi, anak lelaki bongsu Prithviraj Kapoor, perintis filem dan teater Hindustan, lahir di bandar timur India di Kolkata pada 1938.

Beliau memulakan kerjayanya pada usia muda, membantu syarikat teater bapanya dan muncul di atas pentas dalam produksi ‘Shakuntala’, kisah cinta klasik Hindu, pada usia enam tahun.

Kerjayanya dalam Bollywood bermula sejak kecil dan membesar sebagai idola, apabila muncul dalam lebih 150 filem. -AFP

Shashi Kapoor Meninggal Dunia Reviewed by on . Kuala Lumpur : Ikon Bollywood Shashi Kapoor, meninggal dunia hari ini di usia 79 tahun selepas menderita sakit komplikasi buah pinggang sekian lama. Kata anak s Kuala Lumpur : Ikon Bollywood Shashi Kapoor, meninggal dunia hari ini di usia 79 tahun selepas menderita sakit komplikasi buah pinggang sekian lama. Kata anak s Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top