Tuesday , 12 December 2017

Tuesday , 12 December 2017

Shaheizy Sam Terkejut Diisytiharkan Muflis

Shaheizy Sam Terkejut Diisytiharkan Muflis

Kuala Lumpur : Pelakon popular Shaheizy Sam, mengakui tidak tahu-menahu mengenai dirinya diisytiharkan muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) berikutan penyebaran keratan notis mengenai perkara itu, semalam.

Sam, 34, ketika dihubungi berkata, dia masih menunggu status kes berkenaan serta penjelasan daripada pihak LHDN kerana dia sendiri tidak diberi sebarang notis amaran sebelum ini.

“Beberapa minggu lalu, wakil mereka ada datang berjumpa saya di rumah tetapi mereka tidak maklumkan apa-apa pun mengenai muflis.

“Ejen yang menguruskan cukai saya juga sudah beberapa kali ke pejabat LHDN sebelum ini. Tetapi, mereka juga tidak diberitahu apa-apa mengenai status saya,” katanya.

Bagaimanapun, Sam berharap perkara itu dapat dijelaskan kepadanya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

“Sehingga sekarang saya masih menunggu penjelasan sebenar daripada mereka dan berharap mendapat maklum balas hari ini,” katanya.

Semalam, satu keratan notis pengisytiharan muflis terhadap Shaheizy yang disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tersebar sehingga ramai berteka-teki status pelakon berkenaan.

 

Shaheizy Sam Terkejut Diisytiharkan Muflis Reviewed by on . Kuala Lumpur : Pelakon popular Shaheizy Sam, mengakui tidak tahu-menahu mengenai dirinya diisytiharkan muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) berikutan p Kuala Lumpur : Pelakon popular Shaheizy Sam, mengakui tidak tahu-menahu mengenai dirinya diisytiharkan muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) berikutan p Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top