Friday , 21 July 2017

Friday , 21 July 2017

Selangor Tewaskan Sarawak

Selangor Tewaskan Sarawak

Kuching : Sarawak terpaksa akur dengan kehebatan Selangor selepas tunduk 1-2 dalam perlawanan kedua Piala Malaysia Kumpulan D di Stadium Negeri, di sini sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad Bujang Senang terus menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Pada perlawanan itu, kedua-dua gol Selangor dijaringkan pemain import berbisa mereka, Francis Forkey Doe pada minit ke-39 dan minit ke-64.

Gol saguhati anak didik David Usop pula dicipta pada minit ke-82 menerusi pemain gantian, Shreen Tambi.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor naik ke tangga kedua kumpulan berkongsi empat mata dengan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (Johor DT).-kosmo.

 

Selangor Tewaskan Sarawak Reviewed by on . Kuching : Sarawak terpaksa akur dengan kehebatan Selangor selepas tunduk 1-2 dalam perlawanan kedua Piala Malaysia Kumpulan D di Stadium Negeri, di sini sebenta Kuching : Sarawak terpaksa akur dengan kehebatan Selangor selepas tunduk 1-2 dalam perlawanan kedua Piala Malaysia Kumpulan D di Stadium Negeri, di sini sebenta Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top