Friday , 21 July 2017

Friday , 21 July 2017

Saharul Ridzwan Nafi Anak Mengalami Ketumbuhan Leher

Saharul Ridzwan Nafi Anak Mengalami Ketumbuhan Leher

Kuala Lumpur : Tidak menghidap ketumbuhan leher, itu penjelasan, pelakon popular Saharul Ridzwan menafikan mengenai berita kesakitan anaknya.

Saharul, 28, memberitahu, anaknya, Muhamad Luth Ali yang berusia sebulan berada dalam keadaan baik selepas mendapat rawatan di Hospital Pusrawi di sini.

“Doktor mengatakan anak saya mengalami bengkak pada bahagian kelenjar leher kiri dan bukan satu penyakit serius.

“Bayi juga berada dalam keadaan baik selain doktor mengatakan bengkak akan pulih dengan sendiri sekiranya kerap diberikan susu badan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Dalam pada itu, pelakon drama rantaian Hati Perempuan itu juga memohon maaf kerana tidak hadir pada majlis sidang akhbar drama mini Chor & Chah Isnin lalu kerana keadaan anaknya kurang sihat.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat. Ketika itu saya terpaksa bergegas membawa anak ke hospital kerana bimbang masalah kesihatannya akan mendatangkan kemudaratan,” jelas Saharul.

 

Saharul Ridzwan Nafi Anak Mengalami Ketumbuhan Leher Reviewed by on . Kuala Lumpur : Tidak menghidap ketumbuhan leher, itu penjelasan, pelakon popular Saharul Ridzwan menafikan mengenai berita kesakitan anaknya. Saharul, 28, membe Kuala Lumpur : Tidak menghidap ketumbuhan leher, itu penjelasan, pelakon popular Saharul Ridzwan menafikan mengenai berita kesakitan anaknya. Saharul, 28, membe Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top