Tuesday , 12 December 2017

Tuesday , 12 December 2017

Remaja Hilang Ditemui Di KL, Ikut BF

Remaja Hilang Ditemui Di KL, Ikut BF

Batu Pahat : Remaja perempuan dari Yong Peng, yang hilang ketika dalam perjalanan untuk menghadiri Ujian Berkomputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , pagi semalam, disahkan mengikut teman lelakinya ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, berkata siasatan polis juga mendapati remaja berusia 16 tahun itu sudah tiga kali ‘hilang’ dengan hanya dua kehilangannya dilaporkan kepada polis.

Katanya, kejadian pertama berlaku pada akhir tahun lalu, diikuti Julai lalu dan terbaru, semalam.

“Kes Orang Hilang membabitkan Nur Aliyah Haslan, 16, selesai apabila kita mendapati dia sebenarnya mengikut teman lelakinya ke Kuala Lumpur, malah keluarganya kini dalam perjalanan ke ibu negara untuk menjemputnya.

“Ini kejadian ketiga membabitkan Nur Aliyah dengan kejadian pertama diselesaikan keluarga, manakala kejadian kedua dan ketiga dilaporkan kepada polis.

“Saya ingin menasihati ibu bapa supaya lebih tegas mendidik dan memastikan anak tidak melakukan perkara tidak berfaedah sebegini. Anak-anak juga perlu kasihan kepada ibu bapa mereka dengan tidak melakukan perkara sebegini yang menyusahkan keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Petang tadi, bapa mangsa, Haslan Hamidin, 45, berkata anak sulungnya itu dikesan kenalan lamanya apabila berita kehilangannya mula viral selepas disiarkan BH Online sejak tengah hari tadi.

Katanya, sebaik dikesan, beliau meminta pertolongan abangnya yang menetap di Sungai Buloh, Selangor, ke lokasi anaknya ditemui sebelum disahkan remaja itu adalah anak perempuannya.

BH Online tengah hari tadi menyiarkan kisah Nur Aliyah yang hilang ketika dalam perjalanan menghadiri Ujian Berkomputer JPJ dengan skuternya ditemui di persimpangan masuk Estet River, Yong Peng, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, skuter dinaiki Nur Aliyah ditemui hanya kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Taman Berjaya, Yong Peng.

Remaja Hilang Ditemui Di KL, Ikut BF Reviewed by on . Batu Pahat : Remaja perempuan dari Yong Peng, yang hilang ketika dalam perjalanan untuk menghadiri Ujian Berkomputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , pagi sem Batu Pahat : Remaja perempuan dari Yong Peng, yang hilang ketika dalam perjalanan untuk menghadiri Ujian Berkomputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , pagi sem Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top