Friday , 21 July 2017

Friday , 21 July 2017

Puteri Sultan Johor Bakal Bernikah

Puteri Sultan Johor Bakal Bernikah

Kuala Lumpur : Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim memilih Dennis Muhammad Abdullah, seorang warga Belanda, sebagai bakal suaminya.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, pasangan tersebut akan bernikah pada 14 Ogos ini dan perkahwinan diraja pasangan itu akan dilaksanakan dengan penuh adat istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.

Menurut beliau, istiadat meletak kerja dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan akan diadakan pada 8 Ogos ini bagi menandakan permulaan istiadat perkahwinan diraja.

Beliau berkata, majlis tahlil dan doa kesyukuran akan diadakan pada pukul 6.30 petang, 10 Ogos ini di Masjid Pasir Pelangi di sini bagi memohon restu Allah S.W.T terhadap perkahwinan berkenaan.

“Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan dan merestui perkahwinan anakanda mereka Tunku Tun Aminah, 31, itu dengan Dennis Muhammad, 28,” kata Abdul Rahim yang mengumumkan mengenai istiadat perkahwinan berkenaan kepada pemberita di sini semalam.

 

Puteri Sultan Johor Bakal Bernikah Reviewed by on . Kuala Lumpur : Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim memilih Dennis Muhammad Abdullah, seorang warga Belanda, sebaga Kuala Lumpur : Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim memilih Dennis Muhammad Abdullah, seorang warga Belanda, sebaga Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top