Wednesday , 22 November 2017

Wednesday , 22 November 2017

Pusat Mendaki Tembok Bertaraf Dunia

Pusat Mendaki Tembok Bertaraf Dunia

SHAH ALAM: Peminat sukan lasak kini boleh mencuba aktivi mendaki tembok bertaraf dunia di Pusat Rocky BaseCamp di Aeon Mall Shah Alam.

Pengarah Eksekutif Aeon Co (M) Bhd, Poh Ying Loo, berkata tembok setinggi 15 meter itu adalah yang pertama seumpamanya di negara ini.

“Tembok ini setanding dengan negara luar. Segala kriteria seperti jarak pemegang dan pemijak serta kecondongan lima darjahnya adalah sama dengan negara lain.

BB180317RW008.jpg.transformed

“Peralatan yang digunakan juga adalah yang berkualiti bagi memastikan keselamatan pendaki,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Pusat Rocky BaseCamp.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor, Mohd Nor Md Said. Ying Loo berkata, seramai 40 orang boleh mendaki serentak di sembilan tembok yang disediakan.

Katanya, semua tembok berbeza mengikut kategori seperti tembok mendaki untuk percubaan, bersuka ria dan cabaran.

Pusat Mendaki Tembok Bertaraf Dunia Reviewed by on . SHAH ALAM: Peminat sukan lasak kini boleh mencuba aktivi mendaki tembok bertaraf dunia di Pusat Rocky BaseCamp di Aeon Mall Shah Alam. Pengarah Eksekutif Aeon C SHAH ALAM: Peminat sukan lasak kini boleh mencuba aktivi mendaki tembok bertaraf dunia di Pusat Rocky BaseCamp di Aeon Mall Shah Alam. Pengarah Eksekutif Aeon C Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top