Friday , 21 July 2017

Friday , 21 July 2017

Penggemar Shopping Cuba Ke Pasar Chatuchak (Bangkok)

Penggemar Shopping Cuba Ke Pasar Chatuchak (Bangkok)

Bagi penggemar shopping, elok rasanya singgah ke Pasar Chatuchak atau disebut Jatujak yang berada di Bangkok, Thailand.

Pasar Chatuchak itu merupakan pasar terbesar di Thailand serta dikatakan di Asia Tenggara dan di dunia.

Pasar Chatuchak ini, aduhai, kalau bagi orang yang sangat susah nak cuti rasanya sabtu ahad pun dah cukup tau. Anda kena pastikan anda sampai di sini sabtu pagi, shopping sampai lebam dan ahad boleh balik.

Memang tidak dinafikan, seeloknya berjalan la sabtu sambung ahad pula supaya keletihan anda berkurangan. Namun kami berjalan seharian tanpa henti dan apabila pasar itu dah nak tutup barulah terasa penatnya.

Bagaimana nak ke sini, jika ada tiket tambang murah kapal terbang ke bangkok, anda sebat je beli kalau berdua atau ramai-ramai kan? Sampai jek sana, kena ingat 1 perkara sana memang pengangkutan awamnya agak ok juga. Nak ke sana ada beberapa cara antaranya :

  • Naik subway (MRT) turun Chatuchak Park Station (exit no1) dan berjalan sampai Nampak pintu masuk kecil betdekatan kedai baju.(Jimat)
  •  2 :Naik skytrain (BTS) ke stesen Mo Chit ambik exit 1, jalan sampai jumpa pintu masuk ke pasar itu.(jimat)
  • Naik saja teksi /teksi roda tiga untuk ke sana –hati-hati harga suka hati mak bapak dia bagi (lebur duit)
  • 4. Dihotel anda menginap boleh dapatkan van untuk kesana Tanya harga daripada pihak hotel( Ok Jua)

Pasar Chatuchak ini, memang buka jumaat tapi tak happening macam sabtu ahad. Jadi digalakkan, anda semua pergilah masa weekend, ala cuti pun jimatkan?

Kalau nak sentuh pasal barang aduhai, memanglah sangat banyak anda sebut saja apa yang nak? Semua ada…antaranya pakaian, aksesori, beg,seramik, kaca, kain, cenderamata, ukulele, iskkk tak boleh nak senarikanlah, semua adalah segala tok nenek ada di sana. Ada juga yang jual binatang ya, tapi kami tak sempat jumpa pulak. haha

Bagi penggemar barang secondhand, jangan risau, barang gitu pun ada. Cuma nak cakap kalau ke sana, dipersilakannya bertahan dengan kepanasan, kerana tiada aircon di situ, bau-bauan atau aroma badan manusia hehehe.

Kena kental dalam proses tawar menawar, biasala kata pasar terbesarkan? mestinya banyak songeh kena tempuh dengan peniaganya, ada yang kekwat haram tak dilayan kalau nak mintak kurang. Ada yang baik terlebih-lebih jadi nasib kiter lerr.

Malah cara terbaik jika dah sampai sana, anda kena pastikan kalau boleh dapatkan dulu, peta pasar Chatuchak itu. Kelaskan, siap ada peta, memang kalau ikutkan kami yang memang tak suka baca peta ni memang tak kuasa nak layan.

Tapi mengikut pembacaan sebelum ini, jika nak jalan kat sana dan mendapat apa barang yang dikehendaki seeloknya referler to map. Hehehe. Kalau tak anda akan meredah segala kedai sampai petang pastu tak jumpa barang nak dibeli haaa macam mana? penat 1 hal, nak balik 1 hal jugak kan.

Jadi kami pun mempraktikkan cara tersebut dan nyata menjimatkan masa dan tenaga. Kalau tak guna map, mau lebam kaki nak berjalan.

Oh ya pasar ini, buat pengetahuan anda ada yang menjual barangan di dalam bangunan dan ada yang jual di luar bangunan. Tapi sama saja, kira yang dalam bangunan dan luar bangunan adalah pasar yang sama ya. Jangan nanti ada yang ingat dalam bangunan pasar lain, luar bangunan pasar lain, bukan ya.

Kalau penat berjalan di sana jua ada kedai-kedai makan tapi pastikan halal. Cuma harga agak mahal dan tak lerr sedap sangat bagi tekak kami. Tekak anda mungkin ok kot. Anda jalan saja nanti akan nampak lambang halal di signboard kedai-kedai makan kedai tu halallah haha. Dan pekedainya akan pakai tudung atau anak tudung ler…

Tapi serius cakapla, makanan tak der la sedap sangat macam tomyam-tomyamnya dan harga agak mahal, bagi kami. Mungkin jika anda dah biasa pergi rasanya tak mahal. Tapi makanan yang datang memang banyak.

Apa pun, cubalah pergi jika anda mahu merasai suasana bershopping tanpa aircon bersama pelbagai pengunjung di seluruh dunia.

okey layan skit gambar-gambar yang ada….

PS: Jika ada yang mahu kami menulis mengenai kawasan anda, kedai makan anda, bolehlah anda email ke sataypanas05@gmail.com. InsyaAllah jika ada team kami yang free boleh turun dan mengunjungi anda. Terima kasih.

 

 

 

 

Penggemar Shopping Cuba Ke Pasar Chatuchak (Bangkok) Reviewed by on . Bagi penggemar shopping, elok rasanya singgah ke Pasar Chatuchak atau disebut Jatujak yang berada di Bangkok, Thailand. Pasar Chatuchak itu merupakan pasar terb Bagi penggemar shopping, elok rasanya singgah ke Pasar Chatuchak atau disebut Jatujak yang berada di Bangkok, Thailand. Pasar Chatuchak itu merupakan pasar terb Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top