Monday , 23 April 2018

Monday , 23 April 2018

PAS Kekalkan Baiah Keatas Calon PRU14

PAS Kekalkan Baiah Keatas Calon PRU14

Kota Bharu : PAS Kelantan akan mengekalkan pelaksanaan baiah yang dikenakan ke atas mereka yang menjadi calon parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, baiah merupakan suatu janji setia yang dilafazkan oleh calon PAS untuk patuh kepada hukum Allah, rasul dan pucuk pimpinan selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam.

“Sekiranya baiah dilanggar, maka mereka akan berhadapan dengan laknat Allah dan segala elaun yang diterima adalah haram.

“Lafaz baiah ini adalah perkara asas yang telah dilafaz oleh seluruh calon-calon wakil rakyat PAS sebelum ini bagi menjaga ketuanan Islam,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad berkata, bagaimanapun pengekalan taklik dalam baiah atau melafazkan cerai talak tiga sebagaimana yang terkandung dalam baiah di Kelantan sebelum ini diserahkan kepada Majlis Syura Ulama PAS.

“Pihak kepimpinan PAS Kelantan akan menerima apa sahaja keputusan yang dipersetujui oleh pucuk pimpinan tertinggi nanti dalam perkara baiah,” katanya.

PAS Kekalkan Baiah Keatas Calon PRU14 Reviewed by on . Kota Bharu : PAS Kelantan akan mengekalkan pelaksanaan baiah yang dikenakan ke atas mereka yang menjadi calon parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). P Kota Bharu : PAS Kelantan akan mengekalkan pelaksanaan baiah yang dikenakan ke atas mereka yang menjadi calon parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). P Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top