Saturday , 19 August 2017

Saturday , 19 August 2017

Padah Pakai Tiga Cincin Di Jari

Padah Pakai Tiga Cincin Di Jari

Kota Bharu : Seorang lelaki yang memakai tiga cincin besi pada jari terpaksa menahan kesakitan selama lima jam selepas jarinya membengkak dan bertukar kehitaman di sebuah rumah di Jalan Long Yunus di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 11.37 pagi itu, mangsa yang dipercayai kurang siuman berusia 40-an mula­nya enggan bekerjasama dengan anggota bomba yang cuba mengeluarkan cincin tersebut.

Bagaimanapun, dia berjaya dipujuk dan ditenteramkan lalu dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini bagi melakukan operasi memotong cincin itu.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Che Mazlan Mohamed berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan daripada talian 999 bergegas ke tempat kejadian bersama lima anggota.

 

Padah Pakai Tiga Cincin Di Jari Reviewed by on . Kota Bharu : Seorang lelaki yang memakai tiga cincin besi pada jari terpaksa menahan kesakitan selama lima jam selepas jarinya membengkak dan bertukar kehitaman Kota Bharu : Seorang lelaki yang memakai tiga cincin besi pada jari terpaksa menahan kesakitan selama lima jam selepas jarinya membengkak dan bertukar kehitaman Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top