Tuesday , 12 December 2017

Tuesday , 12 December 2017

Nicol Terkandas Di Separuh Akhir Kejohanan Skuasy Dunia 2017

Nicol Terkandas Di Separuh Akhir Kejohanan Skuasy Dunia 2017

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol Ann David gagal mara ke final Kejohanan Dunia 2017 setelah kalah kepada pilihan keempat dari Hong Kong, Joey Chan.

Perlawanan peringkat separuh akhir berlangsung di Pusat Skuasy Hasta La Vista di Wroclaw, Poland pada Khamis.

Menurut laman web rasmi kejohanan www.theworldgames2017.com, Nicol kalah 11-7, 10-12, 4-11 dan 5-11 dalam masa 45 minit.

Pilihan kedua kejohanan itu dalam misi menambah koleksi kejuaraan selepas memenanginya di Duisburg pada 2005, Kaohsiung (2009) dan Cali (2013).

Berikutan kekalahan ini, Nicol yang juga pemain No. 6 dunia akan beraksi dalam penentuan pingat gangsa berdepan pemenang di antara pilihan utama, Camille Serme dari Perancis atau Fiona Moverley dari Britain hari ini. – Bernama

 

Nicol Terkandas Di Separuh Akhir Kejohanan Skuasy Dunia 2017 Reviewed by on . KUALA LUMPUR - Ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol Ann David gagal mara ke final Kejohanan Dunia 2017 setelah kalah kepada pilihan keempat dari Hong Kong, Joey Ch KUALA LUMPUR - Ratu skuasy Malaysia, Datuk Nicol Ann David gagal mara ke final Kejohanan Dunia 2017 setelah kalah kepada pilihan keempat dari Hong Kong, Joey Ch Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top