Saturday , 17 February 2018

Saturday , 17 February 2018

Negara Bakal Saksikan PRU Paling Kotor Selepas Mac

Negara Bakal Saksikan PRU Paling Kotor Selepas Mac

Kuala Lumpur : Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah meramalkan bahawa persempadan semula pilihan raya baru akan diluluskan oleh Parlimen semasa sidang Mac depan.

Susulan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, negara mungkin menyaksikan “pilihan raya paling kotor”.

Kerajaan persekutuan, menurut Nurul Izzah, akan memastikan laluan pantas untuk melaksanakan persempadanan semula pilihan raya yang baru, dan bukan membiarkan perdebatan sewajarnya dijalankan.

“Kebanyakan kami merasakan mereka akan tergesa-gesa meluluskan proses persempadanan semula itu … dan ini akan dilakukan dengan kuasa (BN yang mempunyai) majoriti di Parlimen,” katanya pada sidang media hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai menjalankan proses persempadanan semula pilihan raya untuk semua negeri kecuali Selangor.

Selepas berdepan beberapa halangan undang-undang, SPR berjaya meneruskan prosesnya di Selangor dan mungkin mampu melengkapkannya pada Mac.

Pengkritik dan pemantau pilihan raya berulang kali mendakwa persempadanan semula itu akan mengurangkan bilangan kerusi yang mempunyai campuran pelbagai bangsa dan ini akan berpihak kepada BN.

 

Negara Bakal Saksikan PRU Paling Kotor Selepas Mac Reviewed by on . Kuala Lumpur : Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah meramalkan bahawa persempadan semula pilihan raya baru akan diluluskan oleh Parlimen semasa sidang Mac Kuala Lumpur : Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah meramalkan bahawa persempadan semula pilihan raya baru akan diluluskan oleh Parlimen semasa sidang Mac Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top