Sunday , 22 April 2018

Sunday , 22 April 2018

Napsiah Omar Meninggal Dunia

Napsiah Omar Meninggal Dunia

Kuala Lumpur : Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Napsiah Omar meninggal dunia petang Isnin.

Pengerusi Tetap Wanita Umno ini meninggal dunia pada pukul 6.10 petang akibat penyakit barah hati di rumah anak lelakinya di Ampang Jaya.

Allahyarhamah yang dilahirkan pada 21 April 1943 menghembus nafas terakhir pada usia 74 tahun.

Jenazah bekas ahli Parlimen Kuala Pilah ini akan dibawa pulang ke Kampung Jawa, Kuala Pilah dan ditempatkan di Surau Tunku Muhriz.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ini akan dikebumikan Tanah Perkuburan Jalan Melang, Kuala Pilah sebelum solat Zohor  pada Selasa.

Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan.

 

Napsiah Omar Meninggal Dunia Reviewed by on . Kuala Lumpur : Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Napsiah Omar meninggal dunia petang Isnin. Pengerusi Tetap Wanita Umno ini meni Kuala Lumpur : Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Napsiah Omar meninggal dunia petang Isnin. Pengerusi Tetap Wanita Umno ini meni Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top