Nadal, tahun lalu memberitahu dia akan menyaman bekas Menteri Sukan, Roselyne Bachelot susulan komen yang dikeluarkan ketika ditemu ramah televisyen dengan mendakwanya menggunakan bahan terlarang pada 2012.

Pemain Sepanyol itu, yang menamatkan saingannya musim ini dengan tewas kepada David Goffin pada Pusingan Akhir ATP Isnin lalu, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, dengan memberitahu wang tersebut akan didermakan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perancis.

“Seperti yang anda boleh tengok di media, hari ini merupakan hari yang paling gembira bagi saya, pasukan dan juga peminat.

“Keadilan Perancis sudah menyelesaikan kes itu demi kejujuran dan integriti saya sebagai atlet. Saya ingin berterima kasih kepada semua yang mempercayai saya,” katanya yang juga pemenang 16 gelaran Grand Slam itu menerusi satu kenyataan.- Reuters