Thursday , 19 October 2017

Thursday , 19 October 2017

Menangi Nissan X-Trail Sempena Ulang Tahun GSC Ke-30

Menangi Nissan X-Trail Sempena Ulang Tahun GSC Ke-30

Kuala Lumpur : Sempena sambutan ulang tahun ke-30, Golden Screen Cinemas (GSC) menganjurkan peraduan ‘Ticket to Drive’ yang memberi peluang kepada semua pelanggannya memenangi sebuah kereta Nissan X-Trail dan pelbagai lagi hadiah lumayan bernilai sehingga RM350,000.

Bermula hari ini hingga 31 November depan, pelanggan GSC yang menyaksikan tayangan filem di pawagam tersebut berpeluang menyertainya.

Pelanggan hanya perlu membeli tiket wayang sama ada menerusi laman web GSC, aplikasi telefon pintar atau terus ke kaunter tiket untuk melayakkan diri.

“Sebagai salah sebuah peneraju dalam industri pawagam di Malaysia, GSC komited untuk menghadiahkan keterujaan dan kegembiraan kepada pelanggan kami.

“Ini bermakna kami bukan sahaja akan memastikan mereka menerima hasil hiburan yang berkualiti tinggi, malah turut menyediakan platform hubungan dan penghargaan menerusi pelbagai promosi dan acara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee.

Menurutnya, peraduan ‘Ticket to Drive’ ini adalah salah satu ganjaran diberikan kepada pelangan yang selama ini setia menyokong mereka.

Peraduan ini terbuka kepada semua ahli GSC berusia 18 tahun ke atas yang berwarganegara Malaysia sahaja.

Jika belum menjadi ahli, anda boleh mendaftar secara percuma menerusi laman web atau aplikasi telefon pintar.

Selain layak menyertai peraduan ini, ahli GSC juga boleh menikmati pelbagai lagi ganjaran termasuk baucar tiket percuma sempena hari lahir dan diskaun serta promosi ke atas makanan dan minuman.

Maklumat lanjut boleh layari laman web GSC di www.gsc.com.my dan http://ticket2drive.gsc.com.my/ atau Facebook GSC di www.facebook.com/GSCinemas

 

Menangi Nissan X-Trail Sempena Ulang Tahun GSC Ke-30 Reviewed by on . Kuala Lumpur : Sempena sambutan ulang tahun ke-30, Golden Screen Cinemas (GSC) menganjurkan peraduan 'Ticket to Drive' yang memberi peluang kepada semua pelangg Kuala Lumpur : Sempena sambutan ulang tahun ke-30, Golden Screen Cinemas (GSC) menganjurkan peraduan 'Ticket to Drive' yang memberi peluang kepada semua pelangg Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top