Kejadian pada pukul 2.30 pagi itu mengakibatkan Roslli Zulkharnain Kamaruddin, 30, maut ketika dirawat di Hospital Slim River selepas ditikam dengan sebilah pisau pada perut oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superitendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sewaktu itu, polis telah menahan pasangan kekasih itu yang berusia 35 dan 47 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-Kosmo