Saturday , 19 August 2017

Saturday , 19 August 2017

Logo Ditolak: Pakatan Harapan Akan Hantar Semula

Logo Ditolak: Pakatan Harapan Akan Hantar Semula

Putrajaya: Logo Pakatan Harapan, hari ini ditolak di Pejabat Pendaftar (RoS) dengan alasan tidak mempunyai perkataan Pakatan.

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, RoS tidak menerima logo dan simbol sekarang.

“Teguran sudah dibuat dan kami akan cari jalan untuk mengubahnya.

“Menurut mereka, logo ini tidak sesuai kerana ada perkataan penuh Pakatan di mana ia menunjukkan gabungan parti dalam Pakatan Harapan.

“Sebelum ini kami sudah pun menghantar logo dan perlembagaan parti kepada RoS secara atas talian.

“Kami sudah ditegur ketika itu, tetapi kami hantar juga hari ini dalam bentuk hard copy kepada mereka,” katanya kepada media, selepas bertemu RoS di sini, hari ini.

Tambah Tun M daripada sudut perlembagaan, tiada masalah berbangkit kerana RoS menerimanya.

Beliau berkata, walaupun ROS tidak menetapkan tarikh, tetapi Pakatan Harapan akan cuba siapkan secepat mungkin mengenai logo dan simbol ini.

“Ia akan dihantar dalam tempoh dua hari bekerja. Perkara itu harus disegerakan bagi memudahkan pergerakan Pakatan Harapan menjelang PRU14.

“Apabila semua dah ada, ia memudahkan kami untuk langkah seterusnya,” katanya lagi.

Logo Ditolak: Pakatan Harapan Akan Hantar Semula Reviewed by on . Putrajaya: Logo Pakatan Harapan, hari ini ditolak di Pejabat Pendaftar (RoS) dengan alasan tidak mempunyai perkataan Pakatan. Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Putrajaya: Logo Pakatan Harapan, hari ini ditolak di Pejabat Pendaftar (RoS) dengan alasan tidak mempunyai perkataan Pakatan. Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top