Thursday , 19 October 2017

Thursday , 19 October 2017

LHDNM Nafi Artikel Tular Di Media Sosial

LHDNM Nafi Artikel Tular Di Media Sosial

Kuala Lumpur : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengesan satu artikel berkenaan dengan pengurusan hasil negara yang kononnya dari Group LHDN menjadi tular semula melalui aplikasi Whatsapp dan platform media sosial.

Sebelum ini artikel yang sama turut menjadikan tajuk “Analisa Bajet 2017” yang turut mengaitkan LHDNM sebagai sumber penulisannya.

“Menurut rekod pihak kami, artikel berkenaan telah ditularkan secara bermusim sejak tahun 2015 lagi dan beberapa penafian telah dikeluarkan oleh LHDNM sebelum ini kerana ia secara sengaja mengaitkan nama LHDNM.

“Aduan rasmi telah dikemukakan kepada Biro Aduan Pengguna MCMC, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan sedang dalam peringkat siasatan oleh pihak berkuasa berkenaan,” katanya.

Katanya, semakan lanjut telah dilakukan pihaknya terhadap isi kandungan artikel tersebut dan ia dipercayai bersumberkan satu artikel yang diterbitkan oleh sebuah akhbar milik sebuah parti politik.

“Justeru, LHDNM dengan ini sekali lagi ingin menafikan bahawa artikel tersebut dikeluarkan oleh LHDNM atau bersumberkan mana-mana pegawai LHDNM.

“LHDNM berpandangan artikel tersebut dikaitkan dengan LHDNM secara tidak bertanggungjawab dan ditularkan semata-mata bertujuan untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dengan analisa ekonomi yang tidak tepat,” katanya.

Sementara itu, LHDNM turut ingin menasihatkan orang ramai agar merujuk secara terus Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my, Portal Kementerian Kewangan Malaysia di www.treasury.gov.my dan Agensi-Agensi Kerajaan berkaitan bagi mendapatkan analisa serta data-data ekonomi yang tepat dan sahih. – Bernama

 

LHDNM Nafi Artikel Tular Di Media Sosial Reviewed by on . Kuala Lumpur : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengesan satu artikel berkenaan dengan pengurusan hasil negara yang kononnya dari Group LHDN me Kuala Lumpur : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengesan satu artikel berkenaan dengan pengurusan hasil negara yang kononnya dari Group LHDN me Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top