Saturday , 19 August 2017

Saturday , 19 August 2017

LHDN Serbu Pejabat Anak Dr M – Sumber

LHDN Serbu Pejabat Anak Dr M – Sumber

Kuala Lumpur : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikatakan menyerbu sebuah syarikat milik salah seorang anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut sumber yang dekat dengan bekas perdana menteri itu.

“Ya (serbuan yang dikatakan). Bukan hari ini, (tapi berlaku) semalam, “katanya.

Malaysiakini telah melihat gambar yang dikatakan diambil semasa serbuan. Bagaimanapun, tidak ada maklumat mengenai tempat kejadian atau firma yang terlibat.

Sumber memberitahu Malaysiakini, adalah dipercayai syarikat berkenaan milik Datuk Mokhzani Mahathir, yang disenaraikan antara individu terkaya di Malaysia.

Serbuan itu berlaku selepas gesaan dibuat daripada beberapa menteri Umno seperti Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz bagi menyiasat kekayaan keluarga Mahathir.

Mahathir mendakwa sejak tahun lalu rakan-rakan dan keluarganya menjadi sasaran LHDN kerana perbalahannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu sering dituduh mengamalkan kronisme dan nepotisme semasa 22 tahun berkhidmat.

Bagaimanapun, Mahathir menafikan dakwaan tersebut termasuk dakwaan anak-anaknya mendapat manfaat daripada kedudukannya sebagai perdana menteri.

Dalam senarai Forbes tahun ini, Mokhzani menduduki tempat ke-34 di antara 50 rakyat Malaysia terkaya. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai bendahari Pemuda Umno.

Gesaan untuk menyiasat keluarga Mahathir semakin meningkat selepas bekas perdana menteri itu mendakwa Zahid gagal memberikan jawapan jelas mengenai RM230 juta dalam akaun banknya ketika mengisytiharkan harta kepadanya pada tahun 1996.

Zahid berkata beliau sanggup disiasat dan mendakwa kekayaannya dikumpulkan semasa berada di sektor korporat.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi LHDN berkenaan serbuan semalam.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata ia tidak boleh memulakan siasatan ke atas kekayaan Mahathir dan Zahid kerana tiada laporan dibuat mengenai perkara itu.

Berikutan itu, Pemuda DAP memfailkan laporan kepada SPRM untuk menyiasat tuduhan terhadap Zahid.

 

 

LHDN Serbu Pejabat Anak Dr M – Sumber Reviewed by on . Kuala Lumpur : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikatakan menyerbu sebuah syarikat milik salah seorang anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut sumber yang Kuala Lumpur : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dikatakan menyerbu sebuah syarikat milik salah seorang anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad, menurut sumber yang Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top