Wednesday , 22 November 2017

Wednesday , 22 November 2017

Lepak Langkawi Rasai Shellout At The House Of Langkawi

Lepak Langkawi Rasai Shellout At The House Of Langkawi

Langkawi : Kalau nak sebut kedai makan memang bersepahkan. Namun shellout kini menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Shellout ini lebih kepada penggemar seafood lah ya.

Restoran shellout ini boleh dikatakan bersepah-sepah sekarang cuma sama ada sedap atau tidak saja. Kami tak nak komen shelltout sekitar lembah klang. Baik ada rasa sendiri barulah komen ya sebab nanti dikatakan cuba menutup periuk nasi mereka pula.

Terbaru ketika mengunjung Langkawi kami berpeluang merasai Shellout di sana. Jika anda google memang sana pun menimbun Shellout tapi hangpa kena pandai la cari shellout mana yang terbaek.

Shellout yang kami berpeluang berkunjung ialah shellout di Kuala Triang. Senang cakap kalau nak ke kabel car hangpa pasti akan tersebrempak dengan kedai ini betul-betul depan simpang tiga trafik lite ke kabel car. Fbnya @ShellOut at The House Langkawi.

Kedainya tak susah, ada ketam bapak besar di hadapan kedai dan bersebelahnya dengannya merupakan kedai durian. Memang tak rugi jika ada berpeluang merasai sendiri keenakan shellout tersebut.

Menariknya shellout ini memang la murah jika disbanding dengan beberapa shellout yang sedia ada. Anda boleh mengambil set menu seorang serendah RM49 even hangpa makan berdua. Set shellout nya bermula dengan harga rm49 hingga ke rm 80+++ rasanya. Maaf dah terlupa.  Tapi harga menu memang logical betul. Kalau kat tempat lain memang tak logik ya mahal bebenor.

Jika anda ke sana, sos shellout yang popular di sana ialah kam heong. Memang sedap, tapi anda juga boleh merasai sos shellout tomyam sekiranya mahu bertukar selera.

Selain itu beberapa menu lain juga boleh dicuba sekitarnya anda tak mahu merasai masakan shellout. Sekiranya anda berada di langkawi cubala datang dan merasai sendiri shellou out tersebut.

Memang kami pun duk google makanan sedap di sana, namun apabila kita google dan pergi kat kedai yang dinyatakan indah khabar dari rupa. Jadi apa pun demi mengelakkan kekecewaan anda boleh percaya dengan mencubainya atau mengabaikan saja informasi-informasi yang dinyatakan. Apa yang boleh disarankan oleh kami, jangan la 100% percaya dengan apa yang ditemui dalam encik google ya…hehehe.

sdr

shellout

Lepak Langkawi Rasai Shellout At The House Of Langkawi Reviewed by on . Langkawi : Kalau nak sebut kedai makan memang bersepahkan. Namun shellout kini menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Shellout ini lebih kepada penggemar seafood lah Langkawi : Kalau nak sebut kedai makan memang bersepahkan. Namun shellout kini menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Shellout ini lebih kepada penggemar seafood lah Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top