Saturday , 23 September 2017

Saturday , 23 September 2017

Lampias Nafsu Di Kedai Dobi

Lampias Nafsu Di Kedai Dobi

Kuala Lumpur :Seorang lelaki berpangkat ‘pakcik’ didakwa telah menyelongkar beberapa buah mesin pengering di sebuah kedai dobi layan diri di Shah Alam untuk mencari pakaian dalam wanita.

Menerusi posting Nur Izzati di Facebook, dia memberitahu pakcik tersebut telah mencium pakaian wanita yang tidak dikenali dengan begitu taksud.

“Selang sejam aku perasan pakcik tu buka satu persatu mesin pengering selongkar apa ntah.

“Sekali aku perasaan dia cium bau pakaian dalam perempuan. Seriously pakcik ni gila taksub dengan pakaian dalam perempuan,” tulis Nur Izzati di Facebook.

Posting tersebut turut disertakan dengan video dan gambar seorang lelaki berbaju-T merah yang didakwa melakukan tindakan tidak masuk akal itu.

Tidak cukup dengan menciumnya, lelaki tersebut didakwa telah memasukkan pakaian dalam wanita yang diambilnya dari mesin pengering ke dalam sebuah beg.

“Pakcik tu selongkar, cium bau lepas tu lipat simpan dalam satu beg.

“Banyak dia ambil nak dekat 10 helai pakaian dalam perempuan. Aku tunggu sampai dia dah habis buat kerja lepas tu aku balik,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, menurut Nur Izzati, lelaki terbabit tidak terlepas begitu sahaja kerana beliau sempat memaklumkan tentang kejadian itu kepada seorang lelaki yang isterinya kehilangan pakaian dalam, sebelum beliau meninggalkan kedai dobi itu.

“Aku cerita dari awal sampai akhir. Pastu aku tunjuk yang ada bukti rakaman video. Ada abang tu pergi sebab pakaian dalam bini dia kena ambil. Memang betul dia ambil sebab dah check beg tu ada pakaian dalam bini dia. Gelabah beruk pakcik tu minta maaf,” tulisnya tanpa menjelaskan sama ada laporan polis telah dibuat atau sebaliknya.

Sehingga pagi Selasa, posting ini telah dikongsi lebih 20,000 kali.

Ia telah mendapat pelbagai komen dan maklum balas daripada netizen, termasuklah yang tidak menyalahkan lelaki tersebut 100 peratus kerana berpendapat pakaian dalam tidak harus dicampur dengan pakaian biasa apabila dicuci.

Ada juga yang mencadangkan supaya mereka yang mencuci pakaian di kedai dobi layan diri supaya tidak meninggalkan mesin pencuci dan pengering selagi proses belum selesai.

 

Lampias Nafsu Di Kedai Dobi Reviewed by on . Kuala Lumpur :Seorang lelaki berpangkat 'pakcik' didakwa telah menyelongkar beberapa buah mesin pengering di sebuah kedai dobi layan diri di Shah Alam untuk men Kuala Lumpur :Seorang lelaki berpangkat 'pakcik' didakwa telah menyelongkar beberapa buah mesin pengering di sebuah kedai dobi layan diri di Shah Alam untuk men Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top