Tuesday , 12 December 2017

Tuesday , 12 December 2017

Laksana Operasi Cegah Maksiat Di PAU

Laksana Operasi Cegah Maksiat Di PAU

Kuala Lumpur : Portal rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan gesaan seorang bekas anggota Umno yang menuntut pelaksanaan operasi pencegahan maksiat secara besar-besaran bersempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang bakal bermula pada 5 Disember 2017 ini di PWTC, Kuala Lumpur.

Harakahdaily memetik bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin yang berkata, setiap kali Perhimpunan Agung Umno banyak berlaku pasangan yang berkhalwat berdasarkan pengetahuan beliau selama 17 tahun pernah bersama parti itu.

“Beliau membuat pendedahan itu kerana tidak mahu lagi bersekongkol dan bersubahat dengan perbuatan maksiat setiap kali berlangsung PAU,” lapor Harakahdaily.

Dalam laporan itu, Wan Asshima mencabar pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat operasi besar-besaran bagi menangkap pasangan khalwat.

“Berapa ramai pasangan yang berkhalwat, berapa ramai pasangan bukan Islam bersama dengan orang Islam.

“Dekat situ kita tengok, berapa ramai pasangan isteri orang, suami orang bersama dalam satu bilik,” Asshima dipetik berkata oleh Harakahdaily.

“Tetapi saya nampak kemungkaran (itu) semasa saya 17 tahun lagi.

“Sebab itu, saya minta JAWI semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) ini buat operasi besar-besaran di hotel-hotel Kuala Lumpur,” tegasnya lapor Harakahdaily.

Akhbar Sinar Harian pada 3 November 2017 pernah melaporkan berkenaan Wan Asshima masuk parti PAS.

Meskipun menerima tawaran projek Tanjung Agas bernilai RM1.5 bilion namun beliau tetap meninggalkan Umno, dakwa beliau dalam laporan itu.

“Saya jenis manusia yang kalau benda itu membabitkan rasuah, integriti dan sebagainya saya tak nak akan ‘involved‘ dengan satu benda itu.

“Jadi saya tinggalkan projek tersebut, saya tinggalkan jawatan tersebut,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata memilih Pas kerana sudah tertarik dengan parti itu sejak isu RUU355 diketengahkan lebih dua tahun lalu, lapor akhbar itu lagi.

 

Laksana Operasi Cegah Maksiat Di PAU Reviewed by on . Kuala Lumpur : Portal rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan gesaan seorang bekas anggota Umno yang menuntut pelaksanaan operasi pencegahan maksiat secara besar-bes Kuala Lumpur : Portal rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan gesaan seorang bekas anggota Umno yang menuntut pelaksanaan operasi pencegahan maksiat secara besar-bes Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top