Thursday , 19 October 2017

Thursday , 19 October 2017

Kereta Bawa Anwar Ibrahim Terbabit Kemalangan

Kereta Bawa Anwar Ibrahim Terbabit Kemalangan

Kuala Lumpur : Kereta yang membawa pegawai Jabatan Penjara dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kemalangan pada Jumaat.

Peguamnya, R. Sivarasa berkata, kemalangan tersebut berlaku pada pukul 12.30 tengah hari dekat Saujana Utama, Sungai Buloh.

“Anwar telah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu beliau sedang dipindahkan dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas beliau diwadkan selama empat hari,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sivarasa berkata, insiden berlaku selepas pegawai penjara yang memandu kereta bagi membawa Anwar cuba mengelak kereta dari arah bertentangan, menyebabkan kenderaan pengiring telah melanggar kereta di hadapan.

Tambahnya, kereta yang membawa Anwar mengalami kerosakan.

Bagaimanapun kata Sivarasa, Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kemalangan itu.

“Syukur Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan serius, tetapi agak terkejut dan telah diberikan ubat tahan sakit selepas dirawat doktor di Penjara Sungai Buloh,” katanya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun setelah Mahkamah Persekutuan pada 2015 bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

 

 

Kereta Bawa Anwar Ibrahim Terbabit Kemalangan Reviewed by on . Kuala Lumpur : Kereta yang membawa pegawai Jabatan Penjara dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kemalangan pada Jumaat. Peguamny Kuala Lumpur : Kereta yang membawa pegawai Jabatan Penjara dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kemalangan pada Jumaat. Peguamny Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top