Monday , 23 April 2018

Monday , 23 April 2018

Kajol Di Jakel Petang Ini

Kajol Di Jakel Petang Ini

Kuala Lumpur : Bintang sensasi Bollywood, Kajol bakal bertemu peminat tempatan di pentas utama di hadapan Jakel Mall, Jalan Masjid India di sini, jam 6 petang ini, sempena promosi filem baharunya berjudul Velaiilla Pattadhari 2 (VIP2).

Syarikat pengedar filem terbabit di Malaysia, Malik Streams Corporation, menerbangkan aktres tersohor itu ke ibu kota bersama pengarah VIP2, Soundarya R Ashwin, yang juga anak Rajinikanth, serta seorang lagi pelakon, Dhanush.

Pengarah Urusannya, Datuk Abdul Malik Dasthigeer, berkata populariti Kajol di kalangan peminat filem Bollywood dan Tamil mencetuskan ilham kepada pihaknya untuk membawa bintang berkenaan ke sini.

“Bersandarkan sambutan terhadap filem pertama sekitar 2014, kami yakin kaki wayang menanti tayangan judul susulannya, VIP2, yang penuh dengan debaran. Sebagai tanda penghargaan, kami terbangkan pula Kajol dan pasukan VIP2 ke sini, petang ini.

“Menariknya, filem bercorak komedi drama yang turut membariskan pelakon hebat lain ini diarahkan anak kawan baik saya, Rajinikanth. Ketiga-tiga mereka akan tampil di pentas utama nanti.

“Walaupun baru tiba di Kuala Lumpur pagi tadi selepas melalui penerbangan yang agak panjang, Kajol memaklumkan tidak sabar bertemu peminatnya petang ini,” katanya kepada BH Online.

Filem yang akan ditayangkan dalam tiga bahasa, Tamil, Hindi dan Telegu itu dijadualkan memasuki pawagam tempatan bermula Ogos depan.

VIP2 ialah filem Tamil pertama lakonan Kajol selepas dua dekad. Kali terakhir beliau muncul dalam produksi Tamil berjudul Minsara Kanavu pada 1997, bergandingan dengan bintang terkenal dari selatan India, Arvind Swamy dan Prabhu Deva.

Kajol Di Jakel Petang Ini Reviewed by on . Kuala Lumpur : Bintang sensasi Bollywood, Kajol bakal bertemu peminat tempatan di pentas utama di hadapan Jakel Mall, Jalan Masjid India di sini, jam 6 petang i Kuala Lumpur : Bintang sensasi Bollywood, Kajol bakal bertemu peminat tempatan di pentas utama di hadapan Jakel Mall, Jalan Masjid India di sini, jam 6 petang i Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top