Tuesday , 12 December 2017

Tuesday , 12 December 2017

Izreen Mohon Maaf Rahsiakan Perkahwinan

Izreen Mohon Maaf Rahsiakan Perkahwinan

Kuala Lumpur : Pelakon Izreen Azminda, memohon maaf kepada semua pihak kerana merahsiakan perkahwinannya.

Menerusi perkongsian terbaru di laman sosial Instagramnya, Izreen memahami situasi tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi berkaitan status dirinya.

“Saya faham, sebagai seorang selebriti seharusnya saya berkongsi berita ini, iaitu pernikahan saya bersama suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid, yang dinikahkan sendiri oleh bapa kandung saya di Sunway Damansara pada 8 Ogos lalu.

“Majlis hanya dihadiri ahli keluarga dan teman rapat, tetapi memandangkan status saya sebagai isteri, saya terpaksa akur dengan permintaan suami supaya tidak menghebahkan berita ini sementara waktu.

“Memandangkan ini adalah pernikahan kali kedua buat saya, majlis diadakan secara sederhana mengikut hukum syarak dan terima kasih buat teman rapat, keluarga dan keluarga mentua kerana memegang amanah ini sebaiknya sehingga kenyataan dikeluarkan dengan keizinan suami,” kata Izreen.

 

Sementara itu, pelakon ini turut memohon supaya netizen tidak membuat andaian berhubung isu ini.

Tambahnya lagi, dia tidak perlu menunjukkan bukti kebenaran dan hanya mahu melayari alam rumah tangga dengan bahagia.

“Saya harap hentikanlah sebarang kenyataan yang anda sendiri tidak tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga kami dan jangan cepat menjatuhkan hukum dengan apa yg anda baca dan lihat.

“Saya tidak perlu mencari bukti utk menunjukkan kebenaran kerana kebenaran yg sebenar akan datang dengan sendiri, biar masa yang menentukan.

“Cukuplah hanya doa yg terbaik dari anda semua dan semoga segalanya dipermudahkan buat saya suami dan madu, Intan,” tulisnya.

Beberapa hari lalu, kontroversi perkahwinan rahsia antara Izreen dan Muhammad Radzi atau Ude terbongkar apabila Intan Liana tampil membuat pendedahan mengenai pernikahan seorang aktres dengan suaminya kepada sebuah media.

Walaupun tidak menyebut nama aktres berkenaan, namun suaminya pada hari sama tampil membuat pengakuan Izreen ialah isteri keduanya yang dinikahi beliau sejak Ogos lalu.

 

Izreen Mohon Maaf Rahsiakan Perkahwinan Reviewed by on . Kuala Lumpur : Pelakon Izreen Azminda, memohon maaf kepada semua pihak kerana merahsiakan perkahwinannya. Menerusi perkongsian terbaru di laman sosial Instagram Kuala Lumpur : Pelakon Izreen Azminda, memohon maaf kepada semua pihak kerana merahsiakan perkahwinannya. Menerusi perkongsian terbaru di laman sosial Instagram Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top