Saturday , 23 September 2017

Saturday , 23 September 2017

Husam Terima Cadangan Kit Siang

Husam Terima Cadangan Kit Siang

KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa menerima cadangan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, yang mencalonkannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Husam pada sidang media di sini hari ini berkata pencalonan itu adalah langkah strategik Pakatan Harapan (PH) supaya rakyat lebih jelas siapa pemimpin jika pakatan itu memenangi pilihan raya.

“Buat sementara ini, saya terima saya dinamakan (sebagai Menteri Besar Kelantan) supaya rakyat Kelantan nampak siapa hendak memimpin mereka,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, semua pemimpin dalam PH boleh menamakan orang lain untuk jawatan itu. Beliau juga tidak pasti sama ada tindakan Kit Siang mencalonkan namanya sebagai Menteri Besar Kelantan itu adalah hasil keputusan yang dibincangkan dalam mesyuarat membabitkan kepemimpinan tertinggi PAN atau sebaliknya.

“Saya tiada dalam kepimpinan tertinggi, jadi saya tak tahu. Saya rasa semua benda ini belum dibincangkan (antara pemimpin tertinggi PAN),” katanya.

Beliau mengulas tindakan Kit Siang baru-baru ini yang dalam ceramahnya mencadangkan Husam sebagai Menteri Besar Kelantan.

Mengenai dakwaan PAN adalah tajaan DAP berikutan tindakan Kit Siang mencalonkan beliau itu, Husam berkata PAN adalah ‘anak kandung PAS’ dan bukannya dilahirkan dari ‘rahim’ DAP.

Semalam, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub membidas Kit Siang kerana tidak pernah bersuara atau membangkitkan isu calon Menteri Besar Kelantan dengan kepemimpinan parti itu sambil menyifatkan cadangan itu seolah-olah mengiyakan tuduhan bahawa DAP menaja PAN.

Husam Terima Cadangan Kit Siang Reviewed by on . KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa menerima cadangan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, yang mencalonkannya sebagai Menteri Besar Kelantan. Husam pada sidang media KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa menerima cadangan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, yang mencalonkannya sebagai Menteri Besar Kelantan. Husam pada sidang media Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top