Tuesday , 12 December 2017

Tuesday , 12 December 2017

Hafiz Failkan Permohonan Cerai Joy Revfa

Hafiz Failkan Permohonan Cerai Joy Revfa

Kuala Lumpur : Penyanyi Hafiz Hamidun memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Joy Revfa di Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi.

Hafiz, 33, atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Hamidun memfailkan permohonan tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kira-kira pukul 1 petang.

Hafiz yang hadir bersama peguam syarienya, Datuk Azmi Mohd. Rais mendakwa permohonan cerai ke atas isterinya, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd. Amin,30, dibuat berikutan tidak wujud lagi persefahaman antara mereka.

Selain itu, Hafiz mendakwa usahawan kosmetik itu melawan dan mengingkari segala suruhan Hafiz sebagai seorang suami termasuk menjatuhkan imej dan reputasinya.

“Joy juga seringkali menyusahkan saya selepas bernikah kerana dia masih gagal menyelesaikan isu berkaitan perkahwinan terdahulu yang mana status penceraian mereka itu hanya dapat diselesaikan pada 10 Oktober lalu,” katanya.

Sementara itu, Hafiz turut memaklumkan dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya Joy masih mengeluarkan kenyataan berunsur negatif berkaitan dirinya kepada umum.

Mahkamah menetapkan 25 Oktober ini untuk sebutan semula untuk pendengaran bagi kes tersebut.

 

Hafiz Failkan Permohonan Cerai Joy Revfa Reviewed by on . Kuala Lumpur : Penyanyi Hafiz Hamidun memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Joy Revfa di Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi. Hafiz, 33, ata Kuala Lumpur : Penyanyi Hafiz Hamidun memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Joy Revfa di Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi. Hafiz, 33, ata Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top