Friday , 21 July 2017

Friday , 21 July 2017

Gara-Gara Tegur Jiran,Perut Wanita Berpantang Direntap

Gara-Gara Tegur Jiran,Perut Wanita Berpantang Direntap

Kuala Lumpur : Tiada perikemanusian, mungkin itu ayat paling terbaik diberikan kepada seorang lelaki yang dirasakan otaknya di lutut kerana bertindak biadap pada wanita yang sedang berpantang.

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Dhila, yang masih berpantang, nyaris dilanggar kerana menegur seorang lelaki yang menderum keretanya pada awal pagi.

Bukan itu sahaja, Nur Dhila mendakwa lelaki tersebut turut bertindak merentap perutnya yang masih belum pulih akibat bersalin secara pembedahan.

“Masih ada lagi lelaki bachul pukul perempuan. Akulah perempuan yang kena pukul tu. Aku masih berpantang bersalin secara caesarian, sampai sekarang perut aku rasa sakit kena rentap.

“Perut akau kena rentap dan dia telah kotakan niat untuk melanggar aku dengan kereta akibat tak puas hati kena tegur,” kata Nur Dhila dalam posting di laman Facebooknya.

Jelas Nur Dhila, dia menegur lelaki tersebut kerana menderum keretanya di depan rumah kira-kira pukul 1.05 pagi menyebabkan bayinya menangis akibat terperanjat dengan bunyi bising tersebut.

“Ibu mana tahan… tengok anak dah 20 minit terkejut, badan tersentap… terenjat-renjat dan menangis tak henti sebab terkejut.

“Aku pun tegur dua kali dari perkarangan rumah tapi pelaku macam tak puas hati malah dia menjadi-jadi ram kereta dengan lebih kuat tanpa henti,” katanya.

Setelah tegurannya tidak diendahkan, Nur Dhila berkata dia bertindak keluar rumah dan menegur lelaki itu secara baik supaya menghentikan perbuatannya itu.

“Aku suruh dia settle cara baik kalau ada masalah dengan jiran dan bukan dengan cara buat bising malam-malam buta,” katanya.

Namun Nur Dhila berkata malangnya lelaki tersebut itu bertindak memaki hamun dan mengeluarkan perkataan kesat terhadapnya.

“Akibat keadaan menjadi tegang dan dia ugut aku, aku pun rakam perbuatan pelaku… akibat tidak puas hati, pelaku cuba nak rampas handphone aku.

“Tak dpt rampas, dia rentap perut aku dan cakap nak langgar aku dan dia melaksanakan niat untuk langgar aku,” katanya.

Jelas Nur Dhila, dia bersyukur kerana sempat mengelak daripada dilanggar kereta lelaki tersebut.

“Nasib aku dengan kain dah terbuka (sempat tarik kain) berundur lari ke belakang…kalau tak elak… mau kalau tak ke hospital.. innalillah dah aku. Dia juga ugut untuk mencederakan aku kelak,” katanya.

Pada masa sama, Nur Dhila turut menyatakan rasa kesal kerana jeritannya meminta tolong tidak diendahkan jiran-jiran yang turut melihat insiden itu.

“Jiran aku boleh kata “tak dengar” aku menjerit minta tolong… padahal achi rumah hujung boleh dengar bising-bising kat luar. Biar video dan report polis yang aku buat menjelaskan keadaan,” katanya.

Nur Dhila mendakwa dia turut mengalami bentan selepas insiden tersebut.

“Baru balik buat pemeriksaan perubatan. Perut aku masih senak kena sentap… arini bentan seharian… sebab kejadian tak guna ni.. harini jalan tunduk pegang perut aku dibuatnya,” kata Nur Dhila.

Dalam posting itu, Nur Dhila turut memuatnaik salinan laporan polis yang dibuatnya terhadap lelaki tersebut.

Posting tersebut menjadi tular dan mendapat perkongsian sebanyak 18,490 di Facebook.

 

Gara-Gara Tegur Jiran,Perut Wanita Berpantang Direntap Reviewed by on . Kuala Lumpur : Tiada perikemanusian, mungkin itu ayat paling terbaik diberikan kepada seorang lelaki yang dirasakan otaknya di lutut kerana bertindak biadap pad Kuala Lumpur : Tiada perikemanusian, mungkin itu ayat paling terbaik diberikan kepada seorang lelaki yang dirasakan otaknya di lutut kerana bertindak biadap pad Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top