Awal petang tadi, pengendali aplikasi Whatapps PPBM menjemput media menghadiri ceramah mereka di Dewan Jawatakuasa Kemajuan Kampung (JKK) Teluk Bahang kononnya memaklumkan terdapat pengumuman penting akan dilakukan.

Bagaimanapun sehingga ceramah berakhir kira-kira pukul 10.30 malam tadi, Pengerusi PPBM negeri, Marzuki Yahya berkata, pengumuman hanya akan dilakukan esok atau lusa.

“Kita masih belum mendapat isyarat (untuk mengumumkan calon) daripada pemimpin pusat,” katanya di Utusan Online.

Gabungan pembangkang PKR sebelum ini menyerahkan kerusi DUN Teluk Bahang kepada wakil PPBM walaupun secara tradisinya kerusi itu ditandingi calon PKR.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya menang kerusi berkenaan sebelum dipertahankan oleh Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).