Sunday , 22 April 2018

Sunday , 22 April 2018

Gabungan Pembangkang PKR Amal ‘Apartheid’

Gabungan Pembangkang PKR Amal ‘Apartheid’

Kuala Lumpur : 15 April – Kepemimpinan gabungan pembangkang PKR memang gemar berada dalam situasi ‘meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri’ dan terbaharu melibatkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali apabila Timbalan Presiden PKR itu dilaporkan menyampaikan ‘dedak’ pilihan raya termasuk komputer riba kepada pengundi di kawasan beliau.

Berikutan itu, tindakan Mohamed Azmin mengundang sindiran netizen memandangkan pengumuman bantuan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini seperti meningkatkan nilai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) lantang dikritik dan dilabelkan sebagai ‘rasuah’ oleh Menteri Besar Selangor itu.

Malah, netizen turut mempersoalkan pemberian Mohamed Azmin itu yang hanya tertumpu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen diwakili beliau sahaja iaitu Bukit Antarabangsa dan Gombak.

“Kalau BN bagi, kata rasuah pilihan raya. Yang ini tak rasuah pula,” kata salah seorang netizen melalui ruangan komen di portal propembangkang Malaysia Kini.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib menyifatkan gabungan pembangkang PKR merupakan sebuah pakatan yang jelas mengamalkan dasar ‘apartheid’.

Katanya, ia dapat dilihat melalui tindakan gabungan itu yang akan sehabis boleh menuduh tindakan pihak lain sebagai sesuatu yang salah walaupun perkara itu turut dilakukan oleh mereka.

“Setiap pengumuman melibatkan bantuan kepada rakyat adalah langkah kebajikan dan janganlah kita politikkan semua perkara kerana dalam kehidupan perlu ada perasaan saling hormat menghormati walaupun berbeza ideologi.

“Gabungan pembangkang PKR perlu insaf dan sedar bahawa apa yang sering disebutkan mereka itu sebenarnya sangat berat sebelah. Kalau kumpulan mereka yang buat perkara itu dihalalkan tetapi kalau kumpulan lain ia salah dan sebagainya,” katanya di Utusan Online.

Memetik laporan Malaysia Kini, dalam dua majlis di Ukay Perdana dan Kampung Kerdas, Selangor, Mohamed Azmin telah menyampaikan bantuan yang berjumlah lebih RM2.24 juta.

Berdasarkan ucapannya di Ukay Perdana, beliau menegaskan bahawa pemberian itu dilakukan bukan kerana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Katanya, ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan sementara yang kononnya sebagai pentadbir yang peduli rakyat.

 

Gabungan Pembangkang PKR Amal ‘Apartheid’ Reviewed by on . Kuala Lumpur : 15 April - Kepemimpinan gabungan pembangkang PKR memang gemar berada dalam situasi 'meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri' dan terbaharu melib Kuala Lumpur : 15 April - Kepemimpinan gabungan pembangkang PKR memang gemar berada dalam situasi 'meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri' dan terbaharu melib Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top