Tuesday , 12 December 2017

Tuesday , 12 December 2017

Fattah Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Bapa

Fattah Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Bapa

Pengantin baharu, Fattah Amin, 27, yang merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP sebagai ganjaran kemenangannya di Balai Berita, di sini, hari ini.

Kuala Lumpur : Umpama hadiah perkahwinannya bersama pelakon, Nur Fazura Sharifuddin, di ibu negara, semalam, Fattah menerima kereta sedan premium bernilai RM150,000 itu daripada Pengurus Besar Kanan Nasim Sdn Bhd, Yasser Awan, dengan disaksikan Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Menurut pelakon Hero Seorang Cinderella itu, kenderaan berkenaan akan diberikan kepada ibu bapanya, Mohd Amin Muda, 50, dan Azizah Abdul Ghani, 47, yang turut hadir memeriahkan majlis terbabit.

Fattah juga berkata, hadiah kemenangannya itu adalah hasil sokongan peminat yang tidak berbelah bagi sejak awal menceburi industri seni hinggalah dirinya bergelar Bintang Paling Popular.

“Tanpa sokongan ramai, saya tidak mungkin berada di sini, malah selain keluarga, peminat antara tonggak yang menguatkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik,” katanya.

Hadir sama, Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 3.0, Shamshul Azree Samshir dan Pengurus Besar Pemasaran The New Straits Times Press (NSTP), Farah Ezrin Mohd Mohd Rashidi.

Terdahulu, malam kemuncak ABPBH 3.0 yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 14 Mei lalu, merekodkan lebih 15 juta capaian dalam pelbagai platform.

Fattah Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Bapa Reviewed by on . Pengantin baharu, Fattah Amin, 27, yang merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP Pengantin baharu, Fattah Amin, 27, yang merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top