Fattah, 28, dan Fazura, 35, akan meraikan majlis perkahwinan mereka di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Mereka melangsungkan pernikahan secara tertutup pada 27 November tahun lalu di sebuah hotel selepas empat hari pulang dari mengerjakan umrah bersama-sama.

Keberangkatan Fattah dan Fazura ke Tanah Suci Mekah pada 15 hingga 23 November 2017 telah menimbulkan banyak spekulasi apabila ada yang mendakwa pasangan itu telah pun mendirikan rumah tangga sebelum itu.

Bagaimanapun, sejurus tiba di tanah air, mereka menamatkan teka-teki itu apabila mengakui telah mengikat tali pertunangan pada 13 November.

Pasangan sensasi itu mula dikaitkan bercinta selepas masing-masing terlibat dalam drama Hero Seorang Cinderella pada tahun lalu.-kosmo