Wednesday , 22 November 2017

Wednesday , 22 November 2017

Ex Suami Mahu Kurangkan Nafkah Kerana Motor Besar – Elly Mazlien

Ex Suami Mahu Kurangkan Nafkah Kerana Motor Besar – Elly Mazlien

Kuala Lumpur : Penyanyi Elly Mazlein kecewa dan terkilan dengan alasan yang diberikan oleh bekas suaminya, Azmi Hatta dalam permohonan untuk mengurangkan tuntutan nafkah anak mereka, Putri Sara Sefhia.

Kata Elly Mazlien, sebelum ini nafkah yang ditetapkan mahkamah sebanyak RM1,500 sebulan kepada RM500 sebulan.

Alasan yang diberikan Azmi Hatta adalah kerana terpaksa menanggung kos bayaran motosikal berkuasa tinggi beliau yang berjumlah RM 1,150 sebulan.

“Bagi saya alasan itu tidak munasabah. Sebab itu saya berkeras untuk menuntut RM1,500 sebulan seperti mana yang telah diputuskan mahkamah sebelum ini.

“Bukan itu sahaja, saya juga akan mengambil tindakan terhadapnya kerana ingkar perintah mahkamah selepas dia gagal memperuntukkan perbelanjaan sempena Aidilfitri berjumlah RM1,500,”katanya seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Elly dan Azmi semalam bertemu di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Salak Tinggi setelah Azmi membuat permohonan untuk mengubah jumlah nafkah anak mereka. Perbicaraan bagi memutuskan nilai nafkah akan diteruskan pada 1 Ogos depan.

 

Ex Suami Mahu Kurangkan Nafkah Kerana Motor Besar – Elly Mazlien Reviewed by on . Kuala Lumpur : Penyanyi Elly Mazlein kecewa dan terkilan dengan alasan yang diberikan oleh bekas suaminya, Azmi Hatta dalam permohonan untuk mengurangkan tuntut Kuala Lumpur : Penyanyi Elly Mazlein kecewa dan terkilan dengan alasan yang diberikan oleh bekas suaminya, Azmi Hatta dalam permohonan untuk mengurangkan tuntut Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top