Thursday , 19 October 2017

Thursday , 19 October 2017

Elizabeth Tan Nyaris Bunuh Diri Kerana Putus Cinta

Elizabeth Tan Nyaris Bunuh Diri Kerana Putus Cinta

Kuala Lumpur : Putus cinta dan nyaris bunuh diri, itu yang ingin dilakukan oleh Elizabeth Tan kerana mengalami tekanan jiwa beberapa bulan yang lalu.

Tidak dapat berfikir secara waras punca dia seperti hilang akal.

“Ia kisah yang sangat panjang untuk saya ceritakan, tapi apa yang boleh saya beritahu, ketika itu saya mengalami tekanan dalam hidup saya.

“Saya tertekan dengan beberapa siri kehidupan yang saya alami ketika itu termasuk masalah percintaan, peribadi, keluarga dan agama.

“Saya juga terfikir untuk menamatkan hidup saya waktu itu kerana saya rasa seperti sudah tiada tujuan hidup.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana tersedar dan tidak meneruskan niatnya untuk membunuh diri.

“Mujur saya ada keluarga terutama ibu yang sentiasa memberi semangat dan sokongan serta menerima saya dengan baik, walaupun saya pernah melakukan kesalahan besar.

“Sepanjang tempoh menstabilkan emosi, ibu yang banyak membantu dan memberi nasihat serta menjaga saya selama dua minggu.

“Saya juga bertuah kerana ada rakan yang menasihati supaya saya tidak melakukan perkara yang sia-sia.

“Saya bersyukur kerana sempat berfikir secara rasional dan segera sedar,” katanya lagi.

Lizzy sebelum ini mengakui hubungan cintanya dengan seorang ahli perniagaan terputus disebabkan orang ketiga.

Hubungan cinta mereka hanya dapat bertahan lebih kurang enam bulan sahaja.

Elizabeth Tan Nyaris Bunuh Diri Kerana Putus Cinta Reviewed by on . Kuala Lumpur : Putus cinta dan nyaris bunuh diri, itu yang ingin dilakukan oleh Elizabeth Tan kerana mengalami tekanan jiwa beberapa bulan yang lalu. Tidak dapa Kuala Lumpur : Putus cinta dan nyaris bunuh diri, itu yang ingin dilakukan oleh Elizabeth Tan kerana mengalami tekanan jiwa beberapa bulan yang lalu. Tidak dapa Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top