Thursday , 19 October 2017

Thursday , 19 October 2017

DAP Pertikai Kerajaan Tarik Balik RUU164

DAP Pertikai Kerajaan Tarik Balik RUU164

Kuala Lumpur : DAP mempersoalkan langkah kerajaan menarik balik Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 (Akta 164).

Penolong Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu.

“Panel Kabinet tidak formal telah ditubuhkan untuk mencari cara bagi menyelesaikan konflik penjagaan anak antara ibu bapa Islam dan bukan Islam sebelum ini.

“Mengapa ia ditarik balik?” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Azalina dalam satu kenyataan berasingan hari ini berkata, pindaan itu dibuat agar tidak berlaku percanggahan dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Ia juga selaras dengan prinsip doktrin stare decisis yang mana keputusan Mahkamah tertinggi terhadap pentafsiran Fasal (4) Perkara 12 adalah terikat.

Justeru, kata Azalina, kerajaan berharap semua pihak mengambil perkara itu secara positif demi memelihara prinsip kemajmukan bangsa dan agama dalam kalangan rakyat negara ini.

“Semua pihak diharap menyokong RUU baharu ini dan tidak mempolitikkan isu ini,” katanya.

Akta 164 dibantah ramai tokoh agama kerana ia dilihat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan hukum syarak serta dianggap memperlekehkan dan menghina Islam.

Akta itu jika diluluskan antara lain bermakna mualaf tidak lagi dibenarkan mengIslamkan anaknya yang masih kecil tanpa persetujuan bekas isteri atau suaminya yang masih menganut agama lain.

Pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini banyak kali menggesa kerajaan menyegerakan Akta 164 atas nama keadilan dan hak asasi manusia.

Pakatan Harapan yang didominasi oleh DAP dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

DAP Pertikai Kerajaan Tarik Balik RUU164 Reviewed by on . Kuala Lumpur : DAP mempersoalkan langkah kerajaan menarik balik Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 (A Kuala Lumpur : DAP mempersoalkan langkah kerajaan menarik balik Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 (A Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top