Tuesday , 12 December 2017

Tuesday , 12 December 2017

Conte Minta Maaf

Conte Minta Maaf

Kuala Lumpur : Pengurus Chelsea tampil memohon maaf berikutan tindakan ketika aksi kemenangan 1-0 bertemu Swansea awal pagi Khamis.

Antonio Conte memohon maaf kepada pengadil Neil Warbrick dan pengawai perlawanan keempat Lee Mason selepas dia tidak berpuas hati dengan keputusan mereka sekaligus diarah berada di bangku penonton.

Conte pertama kali diarah tidak berada di tepi padang sepanjang bersama The Blues dan arahan tersebut dibuat oleh Swarbrick.

Dia memprotes keputusan pengadil yang memberi sepakan percuma kepada pemaain Swansea.

Pengurus kelahiran Itali itu dilihagt menjerit ke arah muka Mason.

“Perkara yang betul dengan memohon maaf selepas apa yang berlaku. Ketika permainan, saya lihat Swansea banyak membuang masa pada babak pertama. Beberapa kali saya memberitahu kepada pegawai keempat.

“Dalam masa sama saya tidak nampak perubahan. Sudah tentu saya melakukan kesilapan. Perlawanan amat sengit. Dengan pemain juga saya tertekan,” jelasnya menurut mstar.

Persatuan Bola Sepak Inggeris akan menunggu laporan daripada Swarbrick sebelum memutuskan sebarang keputusan disiplin terhadap Conte, namun ia mungkin tidak berlaku selepas mereka (pengadil) menerima permohonan maafnya.

Pada perlawanan tersebut Chelsea menang tipis dengan gol tunggal perlawanan menerusi Antionio Rudiger pada minit ke-55.

 

Conte Minta Maaf Reviewed by on . Kuala Lumpur : Pengurus Chelsea tampil memohon maaf berikutan tindakan ketika aksi kemenangan 1-0 bertemu Swansea awal pagi Khamis. Antonio Conte memohon maaf k Kuala Lumpur : Pengurus Chelsea tampil memohon maaf berikutan tindakan ketika aksi kemenangan 1-0 bertemu Swansea awal pagi Khamis. Antonio Conte memohon maaf k Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top