Tuesday , 12 December 2017

Tuesday , 12 December 2017

Chong Wei Juara Terbuka Hong Kong

Chong Wei Juara Terbuka Hong Kong

Kuala Lumpur : Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakhiri episod kemarau lapan bulan tanpa gelaran apabila menundukkan seteru utamanya, Chen Long dari China pada final siri super Terbuka Hong Kong pad Ahad.

Pemain berusia 35 tahun itu menamatkan penantian juara sejak All-England Mac lalu selepas mengalahkan Chen Long 21-14, 21-19 dalam masa 46 minit di Hong Kong Coliseum untuk merangkul gelaran kelima kejohanan itu selepas 2009, 2010, 2013 dan 2015.

Kemenangan itu juga adalah kali ke-14 ke atas Chen Long dalam 27 rekod pertemuan dengan bekas juara dunia itu sejak 2009 dan pertemuan pertama tahun ini selepas Sukan Olimpik Rio 2016.

Di Sukan Olimpik Rio, Chen Long menafikan Chong Wei pingat emas pertamanya dalam temasya sukan itu apabila mengalahkan bekas pemain nombor satu dunia itu 21-18, 21-18 di pentas final.

Kejayaan pada Terbuka Hong Kong adalah kejuaraan kedua buat Chong Wei selepas All-England.

Dalam temu bual dengan Astro Supersports selepas final itu, Chong Wei berkata kemenangannya itu telah menambahkan semangatnya untuk tampil konsisten pada Kejohanan Siri Super Akhir 2017 di Dubai, bulan depan.- Bernama

 

Chong Wei Juara Terbuka Hong Kong Reviewed by on . Kuala Lumpur : Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakhiri episod kemarau lapan bulan tanpa gelaran apabila menundukkan seteru utamanya, Kuala Lumpur : Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakhiri episod kemarau lapan bulan tanpa gelaran apabila menundukkan seteru utamanya, Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top