Sunday , 22 April 2018

Sunday , 22 April 2018

Chong Wei Bertemu Srikanth Pada Perlawanan Akhir

Chong Wei Bertemu Srikanth Pada Perlawanan Akhir

Gold Coast : Datuk Lee Chong Wei hari ini menempah tiket ke perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2018, yang akan berlangsung esok.

Beliau mengambil masa 58 minit untuk mengalahkan pemain India H.S. Prannoy 21-16, 9-21, 21-14 pada perlawanan separuh akhir di Carrara Sports and Leisure Centre di sini.

Chong Wei, yang kini menduduki ranking ketujuh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), akan bertemu pemain nombor satu dunia, K. Srikanth dari India.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Srikanth hanya mengambil masa 31 minit untuk menundukkan pemain England Rajiv Ouseph dengan 21-10, 21-17. – BERNAMA

Chong Wei Bertemu Srikanth Pada Perlawanan Akhir Reviewed by on . Gold Coast : Datuk Lee Chong Wei hari ini menempah tiket ke perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2018, yang akan berlangsung esok Gold Coast : Datuk Lee Chong Wei hari ini menempah tiket ke perlawanan akhir acara badminton perseorangan lelaki Sukan Komanwel 2018, yang akan berlangsung esok Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top