Thursday , 19 October 2017

Thursday , 19 October 2017

Cerai Sah, Joy Bersumpah Pernah ‘Disentuh’ Hafiz

Cerai Sah, Joy Bersumpah Pernah ‘Disentuh’ Hafiz

Kuala lumpur : Persoalan mengenai status pernikahan dan penceraian usahawan kosmetik terkenal, Joy Revfa dengan bekas suaminya, Datuk Ray akhirnya terjawab.

Menerusi laman Facebook milik Joy, dia telah memuat naik posting rasa syukurnya kerana Mahkamah Syariah telah mengesahkan bahawa penceraiannya bersama bekas suami pada dua tahun lalu adalah sah.

“Subhanallah.. Allahuakbar.. Saya rasa seperti kuasa ajaib Allah swt benar2 membantu saya dlm isu pernikahan saya. Tadi, hari ini bertarikh (10.10.17) Tuan Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami (Ray) telah jatuh 2 tahun yang lalu.. bermakna saya & bekas suami sudah sah cerai 2 tahun lalu. Nikah saya dengan “suami” sekarang adalah SAH dalam agama Islam di Malaysia,” tulisnya pada posting tersebut.

Sementara itu, bekas suami, Datuk Ray, atau nama sebenarnya Mohd Rayus Abdul Rahim telah memohon maaf kepada semua pihak berkenaan isu yang telah bangkit semenjak Mei lalu.

“Alhamdulillah kes melibatkan saya dan Joy selesai. Pendaftaran tidak dibuat kerana ada sebab teknikal. Kenyataan Hafiz yang mengatakan saya tidak memberi kerjasama kepada Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand adalah tidak benar,” katanya kepada Sinar Harian.

Kata Joy lagi, perkahwinan dia bersama Hafiz yang agak terburu-buru itu adalah kerana kehendak suaminya sendiri yang ingin mempercepatkan majlis pada 1 Mei lalu.

Tambah Joy lagi, dia menepis sekerasnya mengenai kenyataan Hafiz berkenaan mereka tidak pernah menjalinkan hubungan sebagai suami isteri sepanjang perkahwinna mereka.

“Since dia menceritakan “isu dalam kain” pada media yang dia tidak pernah ‘menyentuh/instimta‘ bersama saya, dengan nama Allah swt.. saya berani menyatakan di sini itu adalah bohong & tidak benar sama sekali, kerana kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yang saya tak dapat ceritakan demi menjaga aib dia.”

Cerai Sah, Joy Bersumpah Pernah ‘Disentuh’ Hafiz Reviewed by on . Kuala lumpur : Persoalan mengenai status pernikahan dan penceraian usahawan kosmetik terkenal, Joy Revfa dengan bekas suaminya, Datuk Ray akhirnya terjawab. Men Kuala lumpur : Persoalan mengenai status pernikahan dan penceraian usahawan kosmetik terkenal, Joy Revfa dengan bekas suaminya, Datuk Ray akhirnya terjawab. Men Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top