Friday , 21 July 2017

Friday , 21 July 2017

Carrick Kapten Baharu Manchester United

Carrick Kapten Baharu Manchester United

Kuala Lumpur : Pemain senior Manchester United, Michael Carrick mengambil alih kedudukan kapten pasukan, bagi mengantikan Wayne Rooney.

“Ia satu penghargaan bergelar kapten untuk sebuah pasukan yang besar ini,” jelasnya kepada MUTV.

“Tahun ke-12 di sini selepas tiba pada usia 25 tahun. Saya tidak pernah terfikir akan berada selama ini dan mencapai pelbagai kejayaan.

 “Saya hanya menjadi diri sendiri, dan anda tidak boleh mengubahnya. Satu kesilapan jika anda berubah selepas memegang sesuatu peranan dengan menjerit dan memarahi semua orang ataupun mengajar apa yang perlu dibuat.

“Saya akan bercakap apabila perlu dan akan cuba menjadi contoh apabila mengetuai skuad ini.”

Carrick telah merekodkan 459 penampilan dan menjaringkan 24  gol bersama United.

Pada Mei lalu, dia ditawarkan kontrak sambungan selama setahun untuk terus beraksi di Old Trafford musim depan.

 

Carrick Kapten Baharu Manchester United Reviewed by on . Kuala Lumpur : Pemain senior Manchester United, Michael Carrick mengambil alih kedudukan kapten pasukan, bagi mengantikan Wayne Rooney. "Ia satu penghargaan ber Kuala Lumpur : Pemain senior Manchester United, Michael Carrick mengambil alih kedudukan kapten pasukan, bagi mengantikan Wayne Rooney. "Ia satu penghargaan ber Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top