Thursday , 19 October 2017

Thursday , 19 October 2017

Bukan DAP kawal Pakatan Harapan -Tun Mahathir

Bukan DAP kawal Pakatan Harapan -Tun Mahathir

Kuala Lumpur : Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan bahawa parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan dikuasai oleh DAP.

Jelas beliau dalam Pakatan Harapan terdapat tiga parti yang dikuasai oleh orang Melayu.

“Benda tak benar. Dalam Pakatan Harapan ini ada tiga buah parti yang diketuai oleh orang Melayu dan jumlah mereka sekarang inipun menjadi majoriti.

“DAP bukan majoriti. Kalau kita jumlahkan Amanah dan PKR sekarang ini mereka mempunyai lebih banyak wakil rakyat daripada DAP,” ujarnya.

Beliau yang ditemui pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata Pakatan Harapan mengamalkan sistem demokrasi yang mana mereka yang mempunyai majoriti itu yang berkuasa dan bukan seperti kerajaan sekarang ini yang mengamalkan kleptokrasi.

“Dia (DAP) tidak dapat kerusi yang banyak. Dalam Pakatan Rakyat dulupun dia kurang daripada jumlah kerusi yang dimiliki oleh pada mulanya PAS dengan Keadilan. Sekarang ini Keadilan dengan Amanah, jumlah mereka lebih tinggi daripada DAP,” kata Tun Mahathir.

Bukan DAP kawal Pakatan Harapan -Tun Mahathir Reviewed by on . Kuala Lumpur : Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan bahawa parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan dikuasai oleh DAP. Kuala Lumpur : Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan dakwaan bahawa parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan dikuasai oleh DAP. Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top