Wednesday , 22 November 2017

Wednesday , 22 November 2017

Bonus Raya 2 Bulan Untuk Selangor

Bonus Raya 2 Bulan Untuk Selangor

Shah Alam : Kira-kira 17,000 penjawat awam di Selangor tersenyum gembira apabila kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak dua bulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pembayaran bantuan khas tersebut akan dibuat serentak pada 21 Jun ini.

“Berdasarkan prestasi kewangan semasa dan komitmen yang ditunjukkan oleh penjawat awam negeri ini, kita telah bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan khas Aidilfitri sebanyak dua bulan gaji kepada kira-kira 17,703 penjawat awam di negeri ini.

“Pembayaran keseluruhan bantuan khas Aidilfitri ini melibatkan peruntukan kira-kira RM63.3 juta,” katanya ketika berucap pada Majlis Rapat Ramadan Bersama Penjawat Awam di Dewan Jubli Perak , Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

 

Bonus Raya 2 Bulan Untuk Selangor Reviewed by on . Shah Alam : Kira-kira 17,000 penjawat awam di Selangor tersenyum gembira apabila kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak dua bulan Shah Alam : Kira-kira 17,000 penjawat awam di Selangor tersenyum gembira apabila kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak dua bulan Rating: 0

Leave a Comment

scroll to top